“Comelnya!Qairina ni,raut muka Qairina macam arwah Huzaiman lah”kata-kata Husniyah membuatkan Azizah teringat akan suami kesayangannya.suaminya pergi meninggalkan dia apabila di dalam kemalangan.lebih tragis arwah Huzaiman meninggal dunia dengan keadaan yang tak mampu untuk dikata.
“opps err kak izah,hus nak minta maaf sebab tercakap,hus tak sengaja”Husniyah yang sedar akan kesilapannya terus meminta maaf.ya ibubapa mereka selalu mengajar dan menasihat mereka supaya segera meminta maaf sebab meminta maaf dan pemaaf adalah salah satu amalan mulia.
“tak mengapa hus,akak tak marahlah lagipun biarlah sejarah menjadi kenangan,bukan begitu hus?”Husniyah yang mendengar hanya mengangguk sambil tersenyum.Kak izah memang seorang yang sangat baik.Selepas kematian ibubapa mereka,Kak izah lah yang menjadi ibu dan kakak kepadanya.
“kak,Hus harap sangat Qairina akan menjadi seorang anak yang mendengar kata dan baik macam akak.kalau bolehlah akak,Hus nak cari suami macam suami akaklah.Arwah Huzaiman tu baik,berdikari,sopan-santun,berdisiplin dan paling penting dia sangat penyabar beruntung akak ada suami macam tu.cuma Allah lebih sayangkan arwah Huzaiman kan kak Izah”teruja Husniyah menyatakan hasratnya sambil berhati-hati supaya kak Izah tak berkecil hati.
Kata-kata Husniyah membuatkan Azizah tersenyum lebar,benar kata-kata Husniyah suaminya sangat baik.Azizah mengaminkan doa Husniyah dalam hati dan dia berharap sangat doa adiknya yang seorang ni tercapai.
~`~`~`~`~`~`~`~`~`
2013
“Ibu!!!apa benda ni?”Qairina menjerit apabila nampak baju gaun yang berada di atas katilnya.ibu nak ina pakai baju ni ke?
“kenapa ni Qarina?apa yang berlaku?”soal Pn.Azizah yang cemas
“ibu,takkan ibu nak ina pakai baju ni untuk dinner tahun enam,tak class lah ibu!”Qairina mengangkat baju gaun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sahaja dengan muka yang sungguh menyampah.
“Qairina sayang,itulah baju gaun untuk dinner tu,ibu yang jahitkan”jawab Pn.Azizah walaupun dalam hati rasa sedih kerana anaknya memandang baju gaun yang dijahitnya sendiri dengan rasa menyampah.
“ibu jahit sendiri?kenapa nak jahit?ibu nak tau tak,kawan ina semuanya beli baju untuk dinner tu kat butik.jadi,takkanlah ina nak pakai baju gaun buatan ibu pulak.kualiti kain tu tak bagus lah ibu!”Qairina mencampak gaun itu ke dalam tong sampah yang berdekatan.
Luluh hati Pn.Azizah mendengar kata-kata sinis oleh anaknya dan lagi menyiat hatinya ialah anaknya sanggup buang baju jahitannya ke dalam tong sampah.Sebelum air matanya menitis di depan anaknya lebih baik dia keluar dari bilik anaknya yang serba canggih.Pn.Azizah mengambil baju gaun dalam tong sampah dan mula menapak keluar.
Tanpa sedikit pun perasaan bersalah terhadap ibunya,Qairina membaringkan badannya dan menekan butang on di alat kawalan penghawa dingin di biliknya.aah nyamannya.
~`~`~`~`~`~`~`~`~`
“Kak Izah yang cantik lagi menawan!”teruja Husniyah mendapatkan kakaknya seperti berbulan-bulan tak jumpa walhal baru jumpa semalam.
“ye hus!haih hus ni dah jadi mak budak pun still perangai macam budak kecik”Pn.Azizah membalas senyuman adik iparnya,Hanif.
“alah kak ni orang nak bermanja-manja dengan kakaknya pun tak boleh.baru dramatic hehe”Husniyah tersengih selepas berkata.tak dinafikan,kakaknya masih cantik walaupun dah berusia 40 tahun ke atas.
“hmmm dramatic lah sangat ye dik”Pn.Azizah hanya mengelengkan kepalanya dengan keletah adiknya yang seorang ni.adiknya ni makin lama makin banyak ragam lagi-lagi dah bersuami,manjanya terlebih!
“err kak,mana Qairina?”mata Husniyah mula meliar ke serata tempat di rumah teres itu.ternyata tak ada pun batang hidung anak saudara kesayangannya.
Mendengar sahaja nama anaknya Pn.Azizah terdiam sejenak dan hanya menunjukkan bilik anaknya menggunakan jari telunjuk.Husniyah yang faham terus meluru masuk ke arah bilik Qairina.masuk sahaja bilik Qairina,terus angin sejuk menyusup ke dalam tulang hitam Husniyah.sejuknya!
“Ya Allah,Qairina asal letak suhu ni 16 darjah celcius...sejuknya!”terkejut Qairina bila mendengar suara lantang dari mak ngahnya.aduhh bingitnya telinga ni,aku sedap-sedap tidur boleh pulak dia ni menganggu.Husniyah terus menukar suhu kepada angka 24.
“Apa ni mak ngah,memekak masa ina nak tidur dan ada ke mak ngah minta izin untuk tukar suhu ni?hah!”jerit Qairina kepada mak ngahnya yang sudah terkaku di situ.
“Qairina,kenapa cakap dengan mak ngah macam tu”Pn.Azizah terus menyoal anaknya.
“apa?betullah cakap ina,ini bilik ina suka hati inalah ina nak buat apa!”Qairina terus menutup pintu bilik selepas mak ngahnya keluar dari biliknya.
“Astagfirullahalzim...kenapa dengan Qairina tu kak?”Husniyah mula menyoal selepas menenangkan anaknya yang berusia setahun itu di pangkuan suaminya.
“entahlah hus,akak tak tahu nak buat apa dah.makin lama makin kurang budi bahasa dia terhadap orang-orang tua,akak tak tau nak buat apa dah hus”keluh Pn.Azizah.
selepas diam sejenak Husniyah hanya menasihatkan supaya sabar sahaja dan selepas itu dia mula meminta diri kerana Hanif kena pergi kerja sebab ada hal mustahak.
~`~`~`~`~`~`~`~`~`
10 tahun kemudian~
“Assalamualaikum Qairina,bila boleh balik sini.ibu rindu sangat dengan Qairina”Pn.Azizah mengharapkan balasan positif dari anaknya.sudah lama Qairina tidak menjenguk dia di sini.Pn.Azizah risau juga akan keadaan anaknya di sana.sihat ke tidak?cukup tak duit semuanya bercampur baur.
“alah ibu ni,dah beribu-ribu ina cakap.ina tak boleh balik kampung.ina banyak sangat kerja kat sini.ibu kenalah faham!”Qairina terus menghempaskan telefon pejabat tersebut.ibunya sudah berkali-kali menelefon dia menggunakan telefon bimbit tetapi dibuatnya tidak endah sebab itulah ibunya menelefon telefon pejabat itu.
Dikenangkan ibunya itu Qairina rasa sakit hati,ibu suka sangat menyusahkan hidupnya.memanglah hakikatnya Qairina adalah anak tunggal dan anak kesayangan ibunya tetapi dia rimas.rimas nak menghadap pujukan dan rayuan ibunya.
Alunan lagu carta hati yang didendang oleh penyanyi muda najwa latiff bergema di ruang pejabatnya.Qairina melihat skrin telefon iphone 5 nya itu lalu tersenyum dan terus melekapkan telefon di telinganya.
“Assalamualaikum hai Qairina sayang...buat apa tu?”suara garau Syakir menyapa ke dalam telinga Qairina.romantisnya
“Waalaikumussalam hai Syakir...buat apa lagi,kerja lah”jawab Qairina manja.
“ouhh Qairina free tak hujung minggu ni?Syakir nak bawak Qairina jumpa ibu Syakir”Syakir memberitahu tujuan sebenar dia menelefon Qairina.
“hujung minggu ni?free...free,jumpa ibu Syakir?seganlah”Qairina menjawab dengan suara yang sangat merdu.
“tak payah segan-seganlah Qairina,Syakir ada”Syakir menyakinkan Qairina.utama sekali mengapa dia ingin membawa Qairina jumpa ibunya sebab dia memang sudah ingin memasang tekad untuk berkahwin dengan Qairina.
“ lagipun ibu Syakir baik sangat.nanti kalau Qairina jumpa ibu Syakir, confirm 100% mesti Qairina senang dengan ibu.”Syakir menyambung percakapannya untuk lebihkan lagi keyakinan Qairina.sebab sifat degil Qairina ni kadang-kadang mengatasi segala-galanya.
“hmm yelah-yelah Qairina ikut Syakir ya,puas?”Qairina akhirnya mengalah.Dia takut ibu Syakir tidak menerima diri dia yang seadanya.
“bagus!sayang Qairina”Syakir teruja kerana plan pertamanya sudah berjaya.sebenarnya Syakir ada rancangan yang ingin ditujukan kepada Qairina.
~`~`~`~`~`~`~`~`~`~`
“Apa semua ni,Syakir!”bergegar rumah mewah tersebut dengan jeritan Qairina.dia menjeling tajam ke arah perempuan tua yang duduk di kerusi meja makan.hatinya sangat sakit seperti kena tikam 104 kali!
“kenapa Qairina,apa yang Syakir buat salah?”Syakir menyoal diri Qairina dia hairan kenapa Qairina menjerit bila ternampak perempuan tua tersebut.
“Syakir,kenapa bawak ibu Qairina kat sini?”Qairina menyoal dengan suara yang rendah.
“hah?!ini ibu Qairina ke?ini ibu Syakir lah apa yang Qairina merepek ni?”Syakir terkejut bila Qairina mengatakan perempuan itu ibunya.
“hah?!”Qairina bingung.ibu Syakir?kenapa mukanya sangat mirip dengan ibunya itu.
“ye ini ibu Syakir lah.ibu kenalkan,Qairina yang Syakir cerita tu”Syakir memperkenalkan diri Qairina kepada ibunya.
“ouh inilah Qairina”suara ibu Syakir bergema di telinga Qairina.suara tu,sama dengan ibunya.
Ibu Syakir terus melemparkan senyuman manis ke arah Qairina.Qairina pun membalas dan menyalam tangan ibu Syakir..kononya.Qairina masih bingung antara kenyataan yang diberikan oleh Syakir tadi.
“Syakir,ajak Qairina makan sekali.makanan dah tersedia tu”ibu Syakir menjemput Qairina untuk makan tengahari bersamanya apabila orang gajinya sudah menghidangkan makanan.
“jom Qairina”Syakir mengajak Qairina lalu duduk di kerusi yang berada di sebelah kiri ibunya.pada mulanya Qairina ingin duduk di sebelah Syakir tapi ibunya meminta Qairina untuk duduk di sebelah kanannya.Qairina hanya menurut.semasa ingin mengambil makanan ibu Syakir terus menyenduk nasi ke pinggan Qairina dan meletakkan lauk sekali.Qairina mula ragu-ragu dengan ibu Syakir setiap perlakuannya sama dengan ibunya.Qairina hanya diam sepanjang makan dan sesekali menjawab pertanyaan ibu Syakir.
Selepas balik dari rumah Syakir,Qairina mula memikir balik tentang kejadian berlaku.pertama sekali,ibu Syakir mula mengharap dia untuk memanggilnya ‘ibu”.kedua,ibu Syakir cakap dia memasak semua makanan ni tapi bibiknya yang tolong hidangkan yang peliknya di sini ibu Syakir cakap, “ibu masakkan makanan kegemaran Qairina ni,makanlah jangan malu-malu.Syakir cakap makanan kegemaran Qairina jadi harap Qairina sudilah makan-makanan ni.”ya memanglah makanan kegemaran dia tapi masalahnya Qairina tak pernah cakap pun kat syakir pasal makanan kegemaran dia!.dan akhir sekali,ibu Syakir pakai gelang tangan yang sama dengan gelang tangan ibunya.gelang tangan yang dipakai ibunya ialah gelang tangan yang dibuatnya sendiri masa darjah tiga!.
Tidak dinafikan lagi,itu memang ibu Qairina!
~`~`~`~`~`~`~`~`~`~`
“Assalamualaikum!”Qairina memberi salam sambil menekan loceng rumah.dengan automatik pintu pagar itu dibuka sendiri.Qairina terus meluru masuk dan melihat ibu Syakir atau ibunya?belum disahkan lagi terkejut melihat dirinya.
“Waalaikumussalam,ye kenapa ni Qairina?”ibu Syakir..terus menanya.Qairina mula mendekati ibu Syakir.membuatkan ibu Syakir rasa gelabah.
“kenapa?ibu,berterus teranglah dengan ina,kenapalah ibu nak menyamar jadi ibu Syakir.ibu duduk jelah kat rumah kampung tu.nanti nantilah ina balik!”Qairina terus berkata kepada ibunya.Pn.Azizah mula mengelabah tapi bila teringat balik kata syakir untuk tidak mengelabah.
“Qairina,ibu tak pernah menyamar dan rumah kampung tu ibu tak pernah tinggal sebab kenapa?sebab itulah rumah yang ada banyak kenangan bersama ayah Qairina dan anak yang ibu kandung 9 bulan 10 hari.”Pn.Azizah berkata dengan nada sebak.Qairina hanya terpaku di situ tanpa membalas apa-apa.
Pn.Azizah terus membawa beg baju yang sudah diisi dengan baju dan terus memberhentikan teksi yang lalu di tempat itu.sebelum teksi itu bertolak Pn.Azizah sempat melihat anaknya yang masih berdiri di tempat sama.
“Qairina,ibu ina tak pernah nak menyamar jadi ibu Syakir.Syakir yang nak”suara Syakir mula bergema di telinga Qairina.Qairina terus memandang Syakir dengan perasaan yang marah.
“kenapa Syakir buat macam ni?”Qairina menyoal.
“sebab Syakir nak bagi Qairina sedar pergobanan ibu Qairina.siang malam ibu Qairina menangis kerana rindu dengan anaknya tapi Qairina tak pernah ada rasa macam tu.Qairina mesti tak tahu kan yang ibu Qairina pernah mendermakan hati kepada Qairina.yang hanya Qairina tahu ibu Qairina lopek duduk kat rumah kampung kayu.tapi sebenarnya rumah tulah rumah yang ibu Qairina ada selepas perangai anaknya dah berubah”Syakir menjawab pertanyaan yang pastinya sangat berbisa.
“macam mana Syakir tahu ibu Qairina dermakan hati?”Qairina terkejut bila mendengarnya
“Qairina lupa ke yang Syakir ni doktor?”Syakir membalas balik.Syakirlah yang ditugaskan untuk merawat Qairina tapi masa itu Qairina dan Syakir tidak ada apa-apa hubungan.
Qairina tergamam dan terus menaiki keretanya untuk ke rumah ibunya.Syakir tersenyum melihat tingkah Qairina,akhirnya aman keluarga ibu Izah.
~`~`~`~`~`~`~`~`~`~`
“ibu,Qairina nak minta maaf sangat kat ibu sebab sanggup jerit kat ibu.ina ego ina pentingkan diri sendiri.ina mula berperangai macam tu kerana kawan ina selalu cakap yang ibu ni miskin dan lopek kerana tak ikut perkembangan zaman”Qairina terus meluahkan kata-katanya yang dah lama Qairina pendam.
Pn.Azizah hanya tersenyum.rupa-rupanya ini sebab Qairina bersikap begitu.hailah..anakku.
“takpe takpe ibu dah maafkan,Qairina jangan sedih ye”Pn.Azizah sangat bersyukur kerana Qairina sudah kembali ke pangkuannnya
~`~`~`~`~`~`~`~`~`~`
“umi!!!apa ni!”seorang budak kecil menjerit memanggil nama ibunya.Qairina yang sedari tadi memerhati hanya tersenyum kerana dia pernah lalui kenangan-kenangan begini.
“sudahlah tu sayang oii,nah jaga Farzana ni dari tadi lagi nakkan maknya tapi takde pulak respon maknya sebab mengelamun”Syakir perli Qairina sambil bagi anaknya kepada isterinya,Qairina.Qairina hanya tersentak seketika dan mengambil Farzana.
Pn.Azizah sudah meninggal dunia selepas kelahiran Farzana tahun lepas.walaupun pada mulanya Qairina sedih tapi selepas itu dia reda kerana Allah lebih sayangkan diri ibunya.sekarang dia juga sudah menjadi ibu dia harap sangat anaknya tidak menjadi macam diri dia 5 tahun yang lepas.ahh rindunya ibu!ibu,Qairina doakan ibu agar sentiasa tenang di sana aamiin..ibu Qairina sayang ibu.
TAMAT~